Tuesday, 10 July 2012

Sifu Aziz propaganda…




Antara contoh mekanisma yg diterapkan didlm konsep head hunting adalah pemimpin2 atasan di syarikat ini akan menerujakan prospect dgn perkara yg tidak munasabah dan tidak mengikut logic akal sebagai alat untuk memudahkn prospect yg hadir utk mengeluarkan modal. Contoh di Score A, seluruh prospect yg hadir disajikan dgn peluang yg mana dgn medium di Score A, mereka mampu memperoleh pendapatan RM 30K dlm tempoh 3 bln dgn hanya mengeluarkan modal yg kecil iaitu Rm2488. Pada masa yg sama beberapa individu yg dipropagandakan meraih pendapatan puluhan ribu dan berstatus jutawan bakal dijemput diatas pentas untuk menceritakan bagaimana mereka mampu meraih RM 30 K dgn modal RM 2488. Segala gambar2 kereta mewah 2nd hand  mereka bakal ditayangkan bagi mengaburi mata prospect yg hadir sekaligus menjadikan ia alat untuk prospect2 ini mengeluarkan modal dgn pantas. Pada hakikatnya, apa yg terjadi apabila konsep head hunting diadaptasi adalah daripada ratusan perserta yg menyertainya,  maka hanya sebahagian kecil sahaja yg bakal meraih kembali modal mereka selain cukup sukar utk memperoleh keuntungan. Kebiasaannya syarikat MLM yg mengetengahkan konsep Head Hunting hanya bertahan untuk tempoh 3-4 tahun didlm pasaran dan kemudiannya syarikat ini akan tumbang coz mereka2 yg telah menyertai program itu tetapi akhirnya gagal memperoleh kembali modal mereka bakal membawa cerita negative ini kepada masyarakat luar yg sebenarnya syarikat MLM tersebut adalah penipu. Pada masa yg sama networker yg berada didm syarikat head hunting tersebut sukar menjual harga product dgn harga sebenar berikutan terdapat begitu byk lambakkan product diluar yg dijual dgn harga yg jauh 10 kali ganda lebih murah. Dgn itu apabila perkara ini berlaku kebiasaannya seluruh networker yg mengetegahkan konsep head hunting ini beramai2 akan berpindah ke syarikat lain yg menggunakan konsep head hunting tetapi mengetengahkan produk yg berbeza dan mereka ini akan terus melakukan penipuan bertopengkan product dan syarikat yg baru. Secara logiknya inilah sebenarnya situasi yg berlaku didlm Kenshido yg mana konsep head hunting yg diguna pakai oleh Sifu Aziz Samad didlm Kenshido telah membuatkan para pemimpin2 atasan di Kenshido yg kononyer bergelar jutawan kebelakangan ini menguncup dari sudut pendapatannya. Pada mata networker di Kenshido, Sifu Aziz dikenal sebagai ‘Ikon industry MLM Malaysia’. Namun pada hakikatnya di mata penggiat MLM di syarikat2 lain dimalaysia melihat Sifu Aziz sebagai ‘bapa Head hunting Malaysia’. Hal ini terjadi kerana kebijaksaaan di mana beliau berjaya meraih pendapataan berjuta ringgit bukan sahaja di sebuah syarikat tetapi di 9 buah syarikat head hunting sebelum beliau menyertai Kenshido. Dgn itu, kita blh boleh lihat sendiri yg 7 syrkt MLM yg disertai beliau sblm ini tutup berikutan konsep head hunting yg dikormersialkan beliau dan menyaksikan begitu ramai pengikut terpedaya beliau didlm syrkt2 MLM sblm ini yg kerugian ribuan ringgit setiap org.  That’s why I can bet u, there is no one of his follower from previous company that still follow him at Kenshido…   Cerita berkenaan konsep head hunting yg diamalkan Sifu Aziz Samad ini telah lama mendapat perhatian umum dikalangan penggiat syarikat MLM lain di Malaysia. Hal ini telah menyebabkan pada tanggal Jun 2010, lesen Kenshido telah digantung oleh KPDNKK berikutan terdapat byk laporan berkenaan permainan money game dan head hunting yg di amalkannya selama ini. Ini menunjukkan penipuan ini telah lama disiasat dan tidak semudah itu untuk KPDNKK mengantung lessen sesebuah syarikat MLM yang terkenal jika bukan atas sebab yg jitu dan kukuh. Head hunting membuatkan konsep mencari 4 org rakan niaga sekali seumur hidup bagi meraih kembali modal yg diperkenalkan oleh Sifu Aziz menjadi sesuatu yg sudah lagi tidak releven pada masa kini berikutan persepsi buruk masyarakat terhadap Score A yg di definasikan sebagai badan dan organisasi head hunting, tetapi bertopengkan pendidikan. Dgn itu pada hakikatnya kesukaran untuk meraih 4 org rakan niaga hari ini adalah sesukar mencari 40 org. Di market luar sana terdapat jutaan masyarakat yg sedia ada menolak Score A berikutan terdapat 300 ribu networker yg gagal dan mati syahid, di ketegorikan sebagai “SNIOP dan KERENGGA JADIAN” yg telah membawa persepsi buruk ini terhadap seluruh market diluar sana. Jgn percaya apa yg saya katakan ini. Semak dan check sendiri persepsi masyarakat luar tentang Score A dan badan penggiat head hunting bertopengkan pendidikan ini.


Kenshido Syariah Compliance. 1st in Malaysia & Asia.






Berkenaan dgn Syariah compliance yg dianugerahkan kpd Kenshido yg dikatakan kononyer mengesahkan segala pembayaran bonus terhadap networker mereka adalah sah dan halal. However, Syariah compliance tersebut dikatakan melibatkan sesuatu yg tidak nyata dan boleh dipertikaikan. Seluruh penggiat syarikat MLM lain di Malaysia berasa agak sangsi dgn kenyataan Sifu Aziz yg mengeluarkan statement yg bahawasanya Kenshido adalah satu2nya syarikat yg memperoleh pengesahan Syariah compliance dan ia adalah syarikat yg pertama di Malaysia dan Asia yg memperolehnye. Apakah yg dimaksudkan oleh Sifu Aziz tersebut?? Sebuah syarikat yg secara terang-terangan membawa konsep head hunting dan money game dikatakan satu-satunya syarikat MLM yg halal bagi sumber bonus kpd networkernya by the way seolah2 memberi satu gambaran yg sebenarnya syarikat2 MLM lain di Malaysia adalah HARAM berikutan ketiadaan sijil sedemikian di syarikat tersebut. Secara umum kita boleh melihat satu cara pemasaran yg cukup ketara perbezaanya diantara Kenshido dan syarikat MLM lain. Dikatakan bagaimana Kenshido berjaya meraih Syariah compliance tersebut adalah kerana apa yg dibentangkan kepada panel Syariah tersebut oleh pihak syarikat dan networker atasan adalah tidak seperti perkara yg sebenarnya berlaku. Sebagai contoh, kisah bagaimana ribuan networker menyertai Kenshido dan kemudian hanya menyimpan set portal itu dibawah katil langsung tidak di utarakan. Malah cerita tentang daripada 10 yg menyertai Kenshido,  1@2 org sahaja networker yg berjaya mencari 4 org rakan niaga baru dan meraih kembali modal mereka disorokkan. Selain itu cerita tentang pembohongan dikalangan speaker2 yg mengatakan bahawasanya tedapat 62 org jutawan dan 2500 networker yg berpendapatan 5 angka langsung tidak diwar2kan. Pembohongan oleh speaker tentang pendapatan leader2 yg dikatakan sebanyak 10 kali ganda lebih besar berbanding pendapatan asal mereka juga tidak dimaklumkan. Malah prospek- prospek yg hadir digembar-gemburkan ttg propaganda yg mrk semua berpotensi meraih pendpt RM30k sbln- 3bln, walhal dari sebyk 300,000 networker yg tlh menyertai Kenshido, hanya terdapat beberapa kerat shj yg meraihnya iaitu di klgn MMC. Lebih menyedihkan, para KMC yg dicanang- canang meraih pendptn RM50k sbln pd hakikatnya hanya meraih 5k-8k sbln, 10 kali ganda lbh kecil berbanding apa yg dilaung-laungkan. Seluruh ibu bapa yg hadir dimomokkan dgn potensi yg kononnya anak mrk mampu  cemerlang semasa presentation dgn hanya bermodalkan RM2488, namun selepas menyertainya,  mrk diperalat dgn memberi keutamaan kpd pencarian 4 org rkn niaga baru utk blk modal disamping pencapaian anak2 mrk dipinggir serta tidak diambil tahu atau ibu bapa ini bkl ditinggalkan dan tdk diservis sekiranya enggan memberikan kerjasama. Prospek – prospek yg hadir ke SUW5 di gembar- gemburkan dgn kononnya begitu mudah utk meraih pndptn puluhan ribu setiap bln di score A disamping komitmen yg diperlukan sbnrnya hanyalah 2-3jam sehari ttp bakal memungkin mereka utk berstatus jutawan. Prospek2 yg hadir ini tidak sedikit pun diberitahu ttg hakikat yg sebnrnya mengenai kesukaran  dan penderitaan yg dialami networker selama ini yg tdk balik modal berbln-bln, komited lbh setahun, ttp income br 2k-3k sbln. Sy begitu yakin, sekiranya info2 ini dimaklum dan diutarakan semasa sesi penilaian syariah dan pengesahan, jgnkan seorg panel syariah yg berilmu, profesional dan berpengalaman, tetapi ustaz – ustaz di sekolah tadika agama pun tdk akan sesekali memberikan kelulusan halal tersebut. As a conclusion, dikatakan terdapat byk penipuan & pembohongan ketika presentation terhdp panel syariah tersebut.  Jgn percaya apa yg saya katakan ini. Semak dan check sendiri tentang kesahihan dan kebenaran Syariah Compliance yg dijadikan alat utk memperalat dan melakukan pembohongan terhdp ribuan prospek diluar sana yg kononnya ‘HEAD HUNTING’ SAP ini adalh sah mengikut syarak.


Pada pendapat sy, KMC Norlela merupakan individu yg paling sesuai utk mengulas isu dan menjawab persoalan ini coz beliaulah insan yg bertanggungjwb mempelopori kelulusan penilaian syariah tersebut. Dgn itu, bagi ulasan lanjut ttg syariah compliance ini, sy mencabar para pembaca utk terus berkomunikasi dgn panel syariahnya, Ustaz Engku Fadzil melalui FB beliau bg mengetahui kesahihan sebenarnya.