Tuesday, 10 July 2012

Sifu Aziz propaganda…




Antara contoh mekanisma yg diterapkan didlm konsep head hunting adalah pemimpin2 atasan di syarikat ini akan menerujakan prospect dgn perkara yg tidak munasabah dan tidak mengikut logic akal sebagai alat untuk memudahkn prospect yg hadir utk mengeluarkan modal. Contoh di Score A, seluruh prospect yg hadir disajikan dgn peluang yg mana dgn medium di Score A, mereka mampu memperoleh pendapatan RM 30K dlm tempoh 3 bln dgn hanya mengeluarkan modal yg kecil iaitu Rm2488. Pada masa yg sama beberapa individu yg dipropagandakan meraih pendapatan puluhan ribu dan berstatus jutawan bakal dijemput diatas pentas untuk menceritakan bagaimana mereka mampu meraih RM 30 K dgn modal RM 2488. Segala gambar2 kereta mewah 2nd hand  mereka bakal ditayangkan bagi mengaburi mata prospect yg hadir sekaligus menjadikan ia alat untuk prospect2 ini mengeluarkan modal dgn pantas. Pada hakikatnya, apa yg terjadi apabila konsep head hunting diadaptasi adalah daripada ratusan perserta yg menyertainya,  maka hanya sebahagian kecil sahaja yg bakal meraih kembali modal mereka selain cukup sukar utk memperoleh keuntungan. Kebiasaannya syarikat MLM yg mengetengahkan konsep Head Hunting hanya bertahan untuk tempoh 3-4 tahun didlm pasaran dan kemudiannya syarikat ini akan tumbang coz mereka2 yg telah menyertai program itu tetapi akhirnya gagal memperoleh kembali modal mereka bakal membawa cerita negative ini kepada masyarakat luar yg sebenarnya syarikat MLM tersebut adalah penipu. Pada masa yg sama networker yg berada didm syarikat head hunting tersebut sukar menjual harga product dgn harga sebenar berikutan terdapat begitu byk lambakkan product diluar yg dijual dgn harga yg jauh 10 kali ganda lebih murah. Dgn itu apabila perkara ini berlaku kebiasaannya seluruh networker yg mengetegahkan konsep head hunting ini beramai2 akan berpindah ke syarikat lain yg menggunakan konsep head hunting tetapi mengetengahkan produk yg berbeza dan mereka ini akan terus melakukan penipuan bertopengkan product dan syarikat yg baru. Secara logiknya inilah sebenarnya situasi yg berlaku didlm Kenshido yg mana konsep head hunting yg diguna pakai oleh Sifu Aziz Samad didlm Kenshido telah membuatkan para pemimpin2 atasan di Kenshido yg kononyer bergelar jutawan kebelakangan ini menguncup dari sudut pendapatannya. Pada mata networker di Kenshido, Sifu Aziz dikenal sebagai ‘Ikon industry MLM Malaysia’. Namun pada hakikatnya di mata penggiat MLM di syarikat2 lain dimalaysia melihat Sifu Aziz sebagai ‘bapa Head hunting Malaysia’. Hal ini terjadi kerana kebijaksaaan di mana beliau berjaya meraih pendapataan berjuta ringgit bukan sahaja di sebuah syarikat tetapi di 9 buah syarikat head hunting sebelum beliau menyertai Kenshido. Dgn itu, kita blh boleh lihat sendiri yg 7 syrkt MLM yg disertai beliau sblm ini tutup berikutan konsep head hunting yg dikormersialkan beliau dan menyaksikan begitu ramai pengikut terpedaya beliau didlm syrkt2 MLM sblm ini yg kerugian ribuan ringgit setiap org.  That’s why I can bet u, there is no one of his follower from previous company that still follow him at Kenshido…   Cerita berkenaan konsep head hunting yg diamalkan Sifu Aziz Samad ini telah lama mendapat perhatian umum dikalangan penggiat syarikat MLM lain di Malaysia. Hal ini telah menyebabkan pada tanggal Jun 2010, lesen Kenshido telah digantung oleh KPDNKK berikutan terdapat byk laporan berkenaan permainan money game dan head hunting yg di amalkannya selama ini. Ini menunjukkan penipuan ini telah lama disiasat dan tidak semudah itu untuk KPDNKK mengantung lessen sesebuah syarikat MLM yang terkenal jika bukan atas sebab yg jitu dan kukuh. Head hunting membuatkan konsep mencari 4 org rakan niaga sekali seumur hidup bagi meraih kembali modal yg diperkenalkan oleh Sifu Aziz menjadi sesuatu yg sudah lagi tidak releven pada masa kini berikutan persepsi buruk masyarakat terhadap Score A yg di definasikan sebagai badan dan organisasi head hunting, tetapi bertopengkan pendidikan. Dgn itu pada hakikatnya kesukaran untuk meraih 4 org rakan niaga hari ini adalah sesukar mencari 40 org. Di market luar sana terdapat jutaan masyarakat yg sedia ada menolak Score A berikutan terdapat 300 ribu networker yg gagal dan mati syahid, di ketegorikan sebagai “SNIOP dan KERENGGA JADIAN” yg telah membawa persepsi buruk ini terhadap seluruh market diluar sana. Jgn percaya apa yg saya katakan ini. Semak dan check sendiri persepsi masyarakat luar tentang Score A dan badan penggiat head hunting bertopengkan pendidikan ini.


15 comments:

hariz nick said...

Assalamualaikum!!!

Begitu dangkal pemikiran manusia bertalamkan dua muka yang ingin menjatuhkan golongan yang berjaya..Wahai golongan yang kufur nikmat apa kau cemburu dengan golongan yang berjaya??
Semua orang nak kan pendidikan lah..Semua orang belajar ilmu hisab(matematik)..Angka tidak pernah menipu!!Itu PASTI!!Biarlah kita jadi orang yang bodoh seketika dikalangan orang yang pandai kerana bila kita berkawan dengan si pembuat minyak wangi, pasti HARUMNYA kita perolehi tetapi jika kita kawan dengan si penempa besi, pasti hanya BAHANG saja kita perolehi..Sama juga seperti perniagaan ini(kita kawan dengan orang positif dapatlah kebaikannya tetapi jika kita kawan dengan orang negatif dapatlah keburukannya)..Hanya mengikut sistem, kita PASTI dapat pendapatan yang besar(ini bukan perniagaan 6D>Duduk, Diam-Diam, Doa, Dapat, Duit!!)Tetapi ini perniagaan yang Syariah, siap potong ZAKAT!!Dah sah2 halal!!
Apa lagi yang kamu cuba pertikaikan dan apa lagi yang kamu ragu2??Sudah terang lagi bersuluh, kami pejuang ScoreA bukan mengaburi mata2 manusia, tetapi membuka minda manusia serta mengubah persepsi pemikiran..

Ini perniagaan ScoreA, satu2nya perniagaan yang memotong zakat dan ada sijil kepatuhan Syariah..ada ke perniagaan lain yang potong zakat??Saya PASTI TIADA!!!
JIKA TIDAK MAHU BERKORBAN, JANGAN BICARA SOAL KEJAYAAN!!HEBAT HEY!!!

zie said...

nampak sgt kebodohan blogger ni nama je belajar tinggi metamatik pun xpandai patut la kantoi faham tak apa itu potensi pendapatan????

Mohamad Fairul Hamikey said...

nafsu itu musuh sebenar dlm diri manusia, syaitan hanya hasut manusia jd jahat, tp di bulan ramadhan yg mulia ni syaitan dah dirantai, nafsu yg slalu ikut amalan syaitan ni lah akan buat amalan syaitan tnpa perlu syaitan hasut, ini yg dipanggil "Manusia Berperangai Syaitan" mudah2an kita dijauhkan dari golongan org yg xtahu bersyukur mcm pemfitnah ni

Rassendyll Rudolf said...

dan ini ayat keramat aku wahai penulis yang perangai hantu raya:
DENGAN PENULISAN HANG NI...JIKA ADA PROSPEK AKU YANG NEGATIF, GROUP AKU YANG NEGATIF, DAN SESIAPA YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN AKU PSAL SCOREA YANG NEGATIF, AKU TAKKAN MAAFKAN HANG SAMPAI BILA BILA...................!!!!!! MELAINKAN HANG MINTA MAAF KAT AKU SECARA PERSONAL kt email aku.

liza rt said...

Sedah la penulis bloger,,kau sebenarnye,,puakadan pertualang yg besar,bukannya sniop dan kerengga jadian,,dulu sifu aziz yg puji2 setelah kau berjaya,,beliau yg kau keji dan hina,,,apa jenis manusia kau nie,,?fikirlah kita hidup nie bukan lama pn,,bertaubat la,

unknown said...

Tidak ubah seperti kacang lupakan kulit...kamu dah dapat madu, habis sepah dibuang..tapi silapnya madu tu guna ke arah JAWS.. Nama orang berilmu tapi ilmu yang tidak dipraktikkan..jadi lah ilmu mabuk!! Mabuk di layan wanita..iman dicabul oleh maksiat..ini perniagaan syariah..kamu tiada syariah, jadi perniagaan ini bukan utk kamu..Allah tu maha mengetahui..tiada apa yang boleh di sorok..menyorok tangan kat belakang pun, Allah boleh tahu.. Allah memang satu tapi mataNya ada di mana2..

Borneo Ayie said...

Sama2 lh doakn penulis blog nih..insaf

zie said...

Bertaubat la selagi kamu masih diberikan masa(MASIH HIDUP)...jgn biarkan syaitan bersorak kegembiran kerana dapat menghancurkan seorang anak adam ketika kematian menjemput kamu jgn ingat kamu muda masa masih lama AJAL tak kenal usia BERTAUBAT LA SESUNGGUHNYA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA LUAS UNTUK KAMU

nadia idris said...

Assalamualaikum cik blogger,
Kenapelah asyik cerita keburukan orang je, nanti pahala puase makin kurus. Anda cakap meraih 4 org rakan niaga hari ini adalah sesukar mencari 40 org.Betol ke?Ikut system sifu ke x?kalu xikut memanglah susah. Kalu dah pergi suw5 dapat ilmu xkanlah xleh nak buat. kalu xgunakan centre sepenuhnya masakan xde orang nak jon. kalu fikir baik2kan xkanlah xde 4 orang dalam family kita or sedara mara or kawan2 yang pecaye dengan muka kita ni. bahaya nanti nak meninggal sape nak angkat.sekurang2nya perlukan 7 orang. xkanlah dari ramai2 org kite kenal xde satu pun nak anak pandai, nak duit or xde hutang. Fakta dalam dunia ni semua orang nak anak pandai, nak duit dan ade hutang.Kalu rase susah mesti sebab xikut sytem.saya boleh je menaja lebih dari 4. Xjadi tu sebab xda ilmu di dada dan xikut cakap mentor yg berjaya.asyik nak salahkan orang dan beri alasan.bukan apelah pada permulaan saya join score a dengan zrbmc ade 2 orang dari taiping cari saya tuk bagi anak dia pandai,malah saya xkenal pun.diorang dapat no sy dari mak saya. xkanlah adik beradik dalam family sorang pun xikut kite...oklah selamat beramal yer.

roy yusnie said...

ape2 la korang ni..hujah meleweh2..puji ke mengampu...bahasa diguna cantikkk sgat..cam ni ko yg ngaku jual produk pendidikan..

patutla orag ramai makin lame makin fobia n meyampah dgn score a..korang bayk x btul..x belh jd contoh dan diteladani langsung..income korg tu pun ntah2 subahat..

coz ade byk unsur licik mmpedaya..kena makan sumpah la korang..

MINAT SGT KT MAEL LAMBUNG...MAEL LAMBUNG TAK MAKAN RASUAH...BTUL3X

nadia idris said...

Kalu hati ade longkang memang tak akan kemana-mana, tunggu je balasan dari tuhan.

Kesian orang melayu, ade bangsa sendiri nak bantu dari sudut pendidikan dan ekonomi keluarga pun boleh diprejudis.

kesian orang melayu, dahlah bangsa lain sangat berjaya dalam pendidikan dan ekonomi

kalu dah xnk sudahlah xpayah nak memburukan perniagaan orang lain.

kalu dah gagal tu sudahlah, xpayah nak racun pemikiran orang lain.

kalu dah menyampah cakap jelah, sbb ramai dah berjaya.

jangan kacau periuk nasi orang lain, nanti rezeki mahal.

Sesungguhnya kebenaran akan terbongkar, doa orang teraniaya akan pasti Allah kabulkan.

Sujud pada akhirat, dunia akan sembah kepadamu.

tindakan anda buat kami lagi kuat, ukhuwah kami lagi kuat dan keyakinan kami lagi kuat bersama kenshido dan ZRBMC.

HEBAT HEY! ALLAH HU AKHBAR

man shah said...

BERJAYA,GAGAL,KAYA,MISKIN,SUSAH,SENANG..
tu sume pilihan kite sendiri..klau kite sndiri yg xnk usaha,mkne nye kegagalan la pilihan kite..jgn asik nk cri kslhn org laen,jgn asik nk kondem org laen..GUNA HAK BERFIKIR SEBELUM HAK UNTUK BERSUARA(jgn asik dgr lgu tp xmghayati mksud dlm lirik tu)..xyh la nk dengki ngn rezki org smpi nk tduh bkn²..kalo ilmu xckup,ikut sistem..MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH,LAWAN TETAP LAWAN,LAWAN SAMPAI JUTAWAN..kami pejuang score A xkn goyang dgn tuduhan dr kerengga yg membabi buta..dan pada yg komen negatif di ats,xtau pape jgn ckp smbrgan..jgn asik ikut tlunjuk org yg nk mnjatuh kn..

Fareast amdan said...

saya hampir-hampir termasuk dalam score ni...satu je nak tanya ayat memujuk kata tak paksa tapi"Suruh buat n cari modal dalam keadaan terpaksa umpama keluarga tde duit uda nak hidup lansung kat dunia ni"....????nasib mak sedarkan lau tak taulah!!!!!!

niaga internet said...

ayat yang paling saya tak lupa dan paling benci dalam score a adalah "jangan test market, tapi masuk dulu". Ini kerana saya masuk kerana terpengaruh dengan aya tersebut. saya memang buta MLM. saya kenal MLM melalui score A, tapi perkenalan yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. saya taubat tak masuk mana-mana MLM lagi. saya dan isteri rugi lebih rm 10 ribu melalui score A. bukan senang nak cari 4 orang. saya seperti ribuan di luar sana totally gagal

saravana murugan said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment