Tuesday 10 July 2012

Impian RM0.5 Juta Sebulan Akhirnya Jadi Kenyataan


Secara asasnya, walaupun beliau tidak meraih RM0.5 juta daripada bayaran bonus Kenshido, tetapi beliau  akhirnya merealisasikan juga impian beliau meraih RM0.5 juta sebulan, tetapi melalui kaedah alternatif lain. Apakah kaedah alternatif tersebut???? Tidak lain dan tidak bukan melalui kursus-kursus yg beliau anjurkan iaitu SUW5, RTS dan BMW. Tahukah anda hampir 600-1000 org perserta menyertai SUW5 setiap minggu??? Tahukah anda bahawa terdapat hampir 600 ratus org perserta BMW juga pada setiap minggu??? Tahukah anda yg sebenarnya kos bagi penganjuran kursus SUW5 dan BMW adalah hanya pada harga RM20-RM30 bagi setiap org??? Namun pembayaran bagi kursus SUW5 adalah sebanyak RM 70 seorang dan BMW adalah RM 100 seorang. Dimanakah pergi lebihan RM 40 seorang untuk SUW5 dan RM 70 seorang untuk BMW hasil penganjuran tersebut???  Tahukah anda berapa sebenarnya keuntungan yg diraih daripada penganjuran kursus SUW5,RTS dan BMW setiap minggu dan setiap bulan??? Tahukah anda kos untuk penyewaan dewan besar memuatkan 600 peserta dimana-mana lokasi sama ada dewan kerajaan, dewan university mahupun dewan hotel hanyalah pada harga RM 6K kebawah, bukan RM 20K seperti yang didakwa Sifu Aziz Samad??? Maka kos bagi penyewaan dewan sekiranya 600 peserta menghadiri kursus adalah jatuh pada harga RM 10 seorang. Tahukah anda katering makanan dlm “Tupperware” untuk breakfast, lunch dan tea yang selalu dipertikaikan oleh peserta boleh diperoleh pada harga RM15-RM20 untuk seorang. Maka, secara kasar kos untuk penganjuran kursus SUW5 dan BMW adalah RM 30 seorang, tapi kenapa harganya melambung menjadi 2 ke 3 kali ganda daripada harga asal sedangkan di syarikat-syarikat MLM lain di Malaysia, kursus seperti SUW5 dan BMW dianjurkan adalah bukan atas dasar keuntungan dan ianya merupakan servis kepada network setelah mereka mengeluarkan modal untuk berjaya. Mengapa syarikat MLM lain yg walaupun mengetengahkan  produk  “sampingan” tetapi mampu memberikan kursus dan training percuma kepada ahlinya? Secara kasar, cuba kita kira secara minimum, berapakah keuntungan yg diraih daripada pengajuran kursus SUW5 dan BMW. • 

 

SUW5 SEMINGGU:  

600orang x RM40(keuntungan)=RM24k(seminggu)=RM24K X 4minggu=RM96K(sebulan) 

BMW SEMINGGU

600orang x RM70(keuntungan)=RM42k(seminggu)=RM42K X 4minggu=RM168K(sebulan)

PEROLEHAN SUW5 & BMW SEBULAN

RM96K(SUW5) + RM168K(BMW) = RM264K sebulan 

*Ini tidak termasuk pengiraan keuntungan bagi kursus RTS, SNC, dan lain2.  

 Kesimpulannya kebijaksanaan dan kekreatifan Sifu Aziz Samad telah mebolehkan beliau meraih 

: RM 170 K ( bonus Kenshido)  + RM 264 K ( training ) = RM 434 K sebulanIaitu kurang RM 66 K dari impian asal RM0.5 JUTA sebulan beliau.  

Langkah proaktif beliau menyarankan networker memasuki kurus SUW5, RTS dan BMW berkali (min:3 kali,max:100 kali pun boleh) sehingga mahir memastikan kestabilan pendapatan training beliau walaupun ketika kumpulan sedang menguncup. kata-kata bernas beliau yg mewajibkan seluruh networker melakukan pembayaran bagi memperoleh keberkatan ilmu membuatkan tiada seorang pun networker yang mempertikaikan pembayaran tersebut. Dengan kadar bayaran RM 42K bagi tempoh sehari suntuk beliau berucap, tidak hairanlah kenapa seorang insan yang sudah lanjut usianya dan menghadapi byk masalah kesihatan, tetapi masih mampu berdiri lama sehari suntuk mengerah kudrat dan menahan kesakitan demi ganjaran lumayan yang terhidang di depan mata.

12 comments:

Unknown said...

ini pun gila logik..hahaha..best aa mmg benar aa..

Zrbmc said...

Yg atas ni pon bodoh... Ko gi buat score balik la amir zarish...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sbb aku pernah jumpa org mcm Zrbmc nielah buat aku dah xboleh teruskan, bkn sebab aku xnak buat tapi aku bosan,bosan nk mengadap org yg senior konon rasa bagus even aku syg 2488 aku tue, aku pun xlarat menggunakan cara yg betul yg diterapkan, tapi kita tahu semua itu hanya propaganda je..penipuan berterusan...dan sbb ada org mcm ko yg biadap..

Unknown said...

aku skong amir zarish..ce tnye zrbmc..cmne income??haha

NOR FADZILAH TAHARIM A146774 said...
This comment has been removed by the author.
zie said...

ni lah contoh manusia tak kenang budi ...terlalu mentah dalm industri network marketing tapi berlagak mcm pandai ...

Nazrin said...

dan ini ayat keramat aku wahai penulis yang perangai hantu raya:
DENGAN PENULISAN HANG NI...JIKA ADA PROSPEK AKU YANG NEGATIF, GROUP AKU YANG NEGATIF, DAN SESIAPA YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN AKU PSAL SCOREA YANG NEGATIF, AKU TAKKAN MAAFKAN HANG SAMPAI BILA BILA...................!!!!!! MELAINKAN HANG MINTA MAAF KAT AKU SECARA PERSONAL kt email aku.

Unknown said...

Kpd mael lambung..JGN NILAI KAJAYAAN SESEORG HNYA PADA INCOME..KEJAYAAN X SMESTINYA PD DUIT..SPERTI YG KT TAU..DLM SCOREA ADW PELBAGAI GOLONGAN BERBEZA LATAR BLAKANG..AWK BYG KAN..APABILA SIFU DAN LEADER2 LN..BERJAYA MMBENTUK SESEORG KE ARAH YG LEBIH BAIK..DARIPADA SEORG JG JAHAT DAN NAKAL..TLAH BRUBAH MNJADI ORG YG BAIK2 DAN IGT AKHIRAT..BG SY..ITU JGAK MRUPAKAN 1 KJAYAAN...PENGHIJRAHAN..
AWK BAYANG KAN..DLM SCOREA..SIFU TERAPKAN ILMU AKHIRAT DLM PRNIAGAAN..BETAPA INDAHNYA PERNIAGAAN INI..JIKA D HAYATI..
INILAH PRNIAGAAN AKHIRAT D DAHULUKAN..AWK PUN TAU KAN..BRAPA BNYK PAHALA YG KT DPT..APBILA DPT MNGUBAH KELAKUAN SESEORANG TU..DAN DARI SUDUT EKONOMI..TU SMUE SAHAM AKHIRAT..

Unknown said...

Kpd amir..
Klu btl ni 1 penipuan..
Sy mrayu pd awk..tlg la...tlg la...dan tlg la pg bt repot...
Tlg la bt repot..amik la lawyer..(klu mmpu)..saman la zrb..
Aku mrayu ni...hahhhahaha..
Sy tkut..awk je yg kne blk..

Unknown said...

ahahha...tolong mcm ayat menyindir

Unknown said...

ni lah contoh manusia yg ada pengalaman 15tahun dalam industri Network Marketing ..

bab-bab teknik2 manipulasi dan cara nak cetuskan propaganda semua dh ada dlm minda ..

Post a Comment