Tuesday 10 July 2012

“Bapa Keikhlasan Dan Pengorbanan??”


Sesiapa sahaja boleh menyebut yang dia adalah manusia paling ikhlas didunia, tetapi itu bukanlah menjadi kayu ukur terhadap tahap keikhlasan mereka.  Yang menjadi kayu ukur kepada tahap keihlasan seseorang adalah daripada tindakkan dan pengorbanannya. Namun bukan niat saya utk mempertikaikan keikhlasan disini, cuma sebagai iktibar dan pedoman kepada semua dan mengingatkan diri saya sendiri.  Seorang pemimpin politik boleh mengatakan mereka 1000 kali ikhlas tetapi keikhlasan mereka dinilai daripada sumbangan dan pengorbanan mereka terhadap rakyat. Sifu Aziz Samad  merupakan seorang yg luar biasa kerana kehebatannya mampu menanam kepercayaan dan kesetiaan didalam setiap individu pengikutnya. Kata-kata yg beliau adalah “bapa keikhlasan dan pengorbanannya” benar-benar mampu diserap kedalam pemikiran seluruh networknya walaupun pada hakikatnya  beliau memanipulasi ribuan networknya dan meraih ratusan ribu ringgit setiap bulan dari penganjuran kursus berbayar namun tiada seorang pun yang mempertikaikan kenapa terdapat “kos tambahan berganda” pada harga tiket kursus. Malah kehebatannya bermain “perasaan”  membuatkan networkernya merasakan yg RM 70:SUW5 & RM100 : BMW adalah begitu berbaloi jika dibandingkan dengan ilmu dan pengorbanan serta keikhlasan yg dicurahkan beliau lebih-lebih lagi disaat kesihatan beliau yang tidak begitu mengizinkan. Malah, ada yg menyarankan agar harga kursus SUW5, RTS dan BMW pada harga yg lebih tinggi bagi memberikan banyak insentif dan keuntungan pada beliau bagi menyamai pengorbanan besar yang kononnya beliau telah lakukan. Segala kesusahan dan keperitan networker bawahan tidak diberi perhatian sehinggakan ramai dikalangan mereka terpaksa bergolok-gadai, pinjam-meminjam, ambil duit submission, hanya kerana untuk menghadiri kursus-kursus tersebut. Segala kesusahan dan keperitan tersebut dengan mudah mampu dilupakan apabila ia dibandingkan dengan betapa besar keikhlasan dan pengorbanan yang telah Sifu Aziz Samad di saat kesihatannya yg tdk mengizinkan. Malah begitu ramai networker dari outstation yg hanya mampu tidur di dalam kereta pada malam sebelum kursus berikutan ketiadaan duit untuk menyewa hotel, namun mereka merelakan jiwa dan raga, menyerahkan seluruh keuntungan kumpulannya RM40 seorg: SUW5  dan  RM70 seorg: BMW kepada “ bapa keihlasan dan pengorbanan” tersebut. Sedangkan peserta yg telah menghadiri kursus tetap “lemau dan tido “ beberapa hari selepas menghadirinya, namun para networker yg taksub dan setia tetap tidak berputus asa melakukan promosi untuk kursus tersebut. Malah slogan kata “letakan diri dlm keadaan terpaksa” dikomersialkan bagi memastikan barisan leader bawahan memodalkan duit mereka dahulu untuk membeli ticket SUW5 dan BMW pd jumlah yg besar, iaitu puluhan  tiket sebelum tiket tersebut dijual kepada prospek mahupun partner bawahan. Langkah tersebut memastikan pihak penganjuran kursus memperoleh keuntungan secara masimum, sekiranya tiket tersebut gagal dijual, maka yang bakal menaggung kerugian adalah para leader diperingkat bawahan berikutan tiket yg gagal dijual ini, duit pembayarannya tidak akan dipulangkan. Secara logik ini adalah salah satu teknik proaktif dan bijaksana Sifu Aziz Samad yg mana dgn cara itulah, beliau mampu menyalurkan sebahagian pendapatan leader-leader dibawah ke poket beliau. Yang lebih menakjubkan, leader-leader diperingkat bawahan yg hanya berpendapatan 2k-3k sebulan, walaupun bertahun-tahun di T-up 5 figure earner, namun mereka seolah-olah tidak kisah dan rela hati menaggung kerugian berikutan kegagalan menjual tiket2 tersebut.


26 comments:

Anonymous said...

HEBAT HEYYYYY!!!!

Nazrin said...

pehal ko bhai. kursus ni boleh dikatakan hargga yg sesuai la sbb ilmu baru yg kmi dapat ni mmg boleh memberi kami semangat untuk menjadi usahawan ScoreA.dan kesannya kmi dapat buat sponsoring dengan lebih berkesan seterusnya income akan bertambah dan secara tak langsung cover balik duit kursus.Hebat!

Nazrin said...

kalau duit kursus terlalu murah, kmi suma tido la dlm dewan.dan ko yg dah kuar dri scoreA ni,jgnla burukkan scoreA.pikir hal org lain sana yg masih miskin, nak tanggung family,ada penyakit dan perlukan kos dan macam2 lgi nk buat dgn duit.jgn lemahkan semangat pejuang scoreA d luar sana.buruk macam mana pun, basicnya kita berniaga dan mmg boleh buat income.aku nak ckp banyak pun tak sesuai,sbb aku belum 5 figure lagi,but I will fight and I will never ever surrender!!Hebat

Zrbmc said...

Hebattt rassendyllrudolf....inila die owg susah tgk kite senang.... Allah da terbalik kan hati mereka2 kesian kan xde sebab la diowg bwk lari duit partner n tipu duit partner utk diri sendiri....pastu nk buat blog mcm ni sbb nk lepas kan geram...yg mne baru bace jgn percaya dgn kate2 penulis blog nie... Sbb diri die pon xbetol dlm hati ade loji taik....=)
Utk penulis blog n p'ikut2 nye:LU LANGSI LU MAMPOS!!

Unknown said...

aku dah lama bernaung dibawah Zrbmc nie, duit ticket agak mahal, kita xnakpak pertikaian, tapi yg smart2 nie kadang2 diaorg tanya juga, untuk BMW, SUW5 nie, ditambah pula budak2 yang baru nak naik, manalah ada duit, patut kena bincangkan semula untuk pengurangan kos tue, kadang kita ckp dlm meeting org xnak dengar..bila kena mcm nie baru kita rasa nk bincangkannya..yg Zrbmc nie xpayahla memaki hamun dlm blog nie..buat malu je pada org yg kenal apa itu Score a kan..kalau xpuas ati dgn penulis nie, jgn maki, dia keluarkan dalil mcm nie, kitapun keluarkan dalil dan fakta menafikan dgn cara yg betul..selamat berpuasa semua..

Zrbmc said...

Bukan maki hamun tapi bagi msg utk penulis blog...mereka nk jahanam kan biz nie...nk tauk pasir dalam periuk nasi kami...!

sieraf said...

Tanya dlm diri sendiri apakah niat anda itu luhur?

Unknown said...

lu langsi gak..acane??hati ikhlas ke??dahla ape yg dibagi oleh bloger nie fakta..dngan perangai korng camni secare tidak langsung menguatkn lagi fakta tersebut..teruk2..

Unknown said...

letak pasir??nie bkn kebenaran ke??letak pasir kalo ko wat bnd btul n owg wat kcau..ni korng wat bnd x btul..

Unknown said...

Niat A...tp buat B.so Allah je yg tau niat2 anda...
Pd yg mempunyai pendirian yg kuat pd sykt & zrbmc,teruskn perjuangan anda. Platform ni x salah,org yg tak bersyukur je lebih sudu dr kuah....
Aku x tergugat langsung!!

Unknown said...

ASKM RAKAN2 SCORE A. PEGAWAI PENYAISAT POLIS SUDAH MEMAKLUMKAN DALANG DISEBALIK BLOG INI SUDAH DI KENALI.. TAK LAIN TAK BUKAN ORANG YANG KITA MEMANG DAH AGAK YANG BERNAMA I*** R****. MEREKA AKAN DI BAWA KE MUKA PENGADILAN SECEPAT YANG MUNGKIN. HEBAT POLIS, HEBAT SCORE A...

Unknown said...

fatka tanpa bukti x jadi jgak mael lambung...kalau anda sokong dgn kata2 blogger nih maksudnya anda pon bersubahat...akibatnya susah nnt mael lambung..cari la yg benar bukannya baca teros percaya...blogger ni bukannya sertakan bukti pon...

Unknown said...

saya mengajak kesemua pembaca untuk melihat gelagat 'saya kaya'... beberapa hari yang sudah, dia memberi sokongan kepada penulis blog... hari ini, dialah penulis blog 30 soalan...

mari kita pantau kronologi psikologi dan hati perut 'saya kaya' ini....

Unknown said...

Sebab dia penakut lah dia guna nama samaran. kita guna nama betul!!! nama yang diorang bleh cari. nak nombor ic sekali ke??? alah, apa susah, saya keje kat hukm, atau pun boleh cari saya kat zrbmc, office pun ada. datanglah melawat. jangan risau, saya tak bawak M16 atau Styer pun. datanglah kita berdebat. nak tengok sapa punya bukti lagi kuat. lagi satu sapa lah awak ni nak tengok income statement orang??? saya beli keta mewah abih tu guna statement mana??? keta second hand tak main lah beb. mana fakta awak dapat nih???

Unknown said...

kononnya pejuang. ni bukan gaya pejuang kalau nak bertopeng. nko dah kena telanjang tapi still pakai topeng.. kesian nko. rakan2 inilah org yg bertopengkan manusia berhatikan syaitan. betul bolan pose setan kena ikat tapi ini setan d kalangan manusia. Tak mengenang budi...

Unknown said...

La..bab duit kusus pun nk prtikai..sk ati sifu la..modul die..die nk amik utung ke ape ke..ske ati die la..
Klu kt tgk dari sudut prniagaan lain..cntohnye sy ushe kn bengkel kereta..
blh ke aku repair kete org..tnpa amik upah atau amik untung??..bankrap la aku..abh tu aku brniaga utk ape??amal jariah??aduh..smpitnye la pemikiran korg ni..
Klu 70RGT PUN X BLH NK USHE..ATAU PUN BRKIRE..JGN MMPI LA NK UBAH IDUP....
btl2 loser la korg ni....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anas Iqbal said...

mentang-2 dah kene buang dari kenshido atas asbab yg boleh menjatuhkan company,mcm-2 cerita nak di burukkan kan nye,haih lah manusia,Allah S.W.T dah buka hati tu pon nak buat dajjal,kan dah kene buang,lpas tu panas ponggong lah kan,dh takde duit nak JUDI! ARAK! and WANITA :) sedih aku tngok,udah-2 lah PUAKA JAHANAM,aku boleh deposit kerete mak aku 7 ribu dngn duit scoreA,aku buat baru 3 bulan masa tu,ingat lah sebelum tak sempat bertaubat dan mengucap ye hamba Allah yg dikasihi :) sedarlah :D

Unknown said...

kalau duit rm70 pon ko tade org gaji uma aku datang gelak kan ko ! hahha

shah ixelement said...

ASTAGFIRULLAHALAZIM.....APA LA NAK JADI KORANG NI....AKU BARU JE JOIN 4 HARY TAPI AKU ADA JE INCOME,,,MANA SATU YANG BETUL NI KORANG....ULAT DALAM BATU PON BOLEY MAKAN JIKA BETUL2 ANDA BERUSAHA.KENAPA HARUS MENYALAHKAN ORANG LAIN....INSAF LA.NI KAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK...TAK BAIK JIKA KITA MEMBURUKAN ORANG????

shah ixelement said...

ASTAGFIRULLAHALAZIM.....APA LA NAK JADI KORANG NI....AKU BARU JE JOIN 4 HARY TAPI AKU ADA JE INCOME,,,MANA SATU YANG BETUL NI KORANG....ULAT DALAM BATU PON BOLEY MAKAN JIKA BETUL2 ANDA BERUSAHA.KENAPA HARUS MENYALAHKAN ORANG LAIN....INSAF LA.NI KAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK...TAK BAIK JIKA KITA MEMBURUKAN ORANG????

Nazrin said...

dan ini ayat keramat aku wahai penulis yang perangai hantu raya:
DENGAN PENULISAN HANG NI...JIKA ADA PROSPEK AKU YANG NEGATIF, GROUP AKU YANG NEGATIF, DAN SESIAPA YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN AKU PSAL SCOREA YANG NEGATIF, AKU TAKKAN MAAFKAN HANG SAMPAI BILA BILA...................!!!!!! MELAINKAN HANG MINTA MAAF KAT AKU SECARA PERSONAL kt email aku.

nadia idris said...

Kalu kursus dibagi percuma orang akan ambik mudah, datang dan pergi bergitu sahaja tanpa penyerapan ilmu.
belajar kat university pun bayar mahal2 sampai puluhan ribu pinjam pTptn lak tu. last2 gaji dapat 1800-2000 aje.inikan pulak ilmu nak jadi jutawan. setakat total rm200 apelah sangat, berbanding ilmu yang datuk aziz nak bagi.kerja makan gaji pun gi hari2 keje ade ke boss tolong bayaran,duit minyak motor/kereta + duit mkn ade boss bagi, xde gakkn.maksud yer kat luar sane nk keje ke bisnis ke,semua pakai duit.Think positivelah sikit, kalu dh tau rakan niaga xde duit nk gi seminar kongsilah sorang sikit.

Unknown said...

ko nk tendag dr score a,ape aku heran..yg aku heran badut safian tu mengaku teminate akaun..sape hati busuk..yg berdendam..???safian musibat tu laa...takut di cabar...x profesional langsung..kredebiliti ko bwah kaki lembu je..

nadia idris said...

http://pejuangscorea.blogspot.com

Unknown said...

Korang yg dok meroyan n meracau bkn2 dkt blog ni ..

sememang nya FAKTA yg pekat lg melekat mmg susah korang nak terima kann..

Dah mmg betul Sifu Dewa korang tu Pendapatan nya Bkn RM 1/2 Juta pun (melalui Networking)sebulan seperti yg dok hari2 beliau laung-laungkan tu ..

kalau tak cayer ? blh semak sendiri dgn Dewa Korang tu weh ?

Ada Bran ker ?

kui3

Post a Comment